Wednesday 16 September 2015

Kompleks Yik Foong . 'The Stringer'

| | 2 comments
Tempat 'cari makan'.

Kompleks Yik Foong ini siap dibina sekitar Tahun 1983. Dahulunya dikenali sebagai "Glory". Banggunan 4 tingkat ini pusat jualan pelbagai barangan seperti kasut, beg, telefon bimbit, pakaian dan  yang paling popular barangan komputer.

Aku nak cerita sikit kenangan dengan KYF ni. Semasa belajar di Kolej, aku berkerja sementara di salah sebuah Kedai Alatan Sukan, Pusat Sukan Juara. Kerja aku sebagai jurujual serta pemasang tali reket. Kiranya beruntung aku dapat belajar memasang tali raket kat kedai tu. Ianya salah satu kedai yang agak popular dan jadi tumpuan pemain-pemain badminton dan tenis untuk menukar tali raket mereka. Bos aku terdiri dari 3 orang. Mr. Lee, Mr. Ong (mendiang) dan Mr 'Panjang' Lee. Sudah tentunya mereka berbangsa Cina. Dari mulanya aku hanya berkerja sementara, akhirnya 10 tahun jugalah aku tersangkut di situ. Sepanjang tempoh tersebut, banyak yang aku dapat belajar. Cara berniaga orang Cina, cara berurusan dengan pelanggan dan pekerja, serta sikap mereka terhadap aku, Si Bangsa Melayu. Tiada gejala 'racist' yang berlaku terhadap aku. Semuanya okey sahaja. Dari aku keluar bersolat ke Super Kinta hinggalah beberapa ketika aku dipelawa bersolat sahaja di dalam kedai. Tak pernah sekali pun hak aku dinodai. Apatah lagi hak mereka nak aku persetankan. Hormat itu percuma andai ia diamalkan dengan penuh hormat.

Jadi, kat sini aku hanya berkongsi pengalaman 10 tahun aku. 'Racist' ini satu penyakit hati dan mulut. Dari prasangka dalam hati, dari kata-kata tak terkawal akhirnya akan jadi salah faham yang tak berkesudahan. Kenali setiap orang tak kira bangsanya. Jahat dan baik adalah perlakuan individu yang tak sepatutnya dicalitkan pada semua.

2 comments:

  1. ketika
    menunggu spm 1982, saya pernah kerja sbg buruh binaan di bgunan ini.Ingat lagi gaji $12 sehari tapi rasa banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.pengalaman yang menarik. Ketika itu kos sara hidup tidak terlalu tinggi seperti sekarang. :D

      Delete

 
Facebook